Alhamdulillah masih dipanjangkan umur memasuki tahun baru yg penuh mencabar. Terima kasih tak terhingga kepada rakan2, saudara mara, pelanggan2 setia yg terus memberikan sokongan selama jatuh bangun nya KaPJ Farm selama ini. Dh lama tak update blog, dan terdapat beberapa perkembangan. Antaranya:
- Awal tahun 2013, saya telah menjual keseluruhan kambing susu yg ada di sini kerana beberapa faktor luar jangka. Bagaimanapun, susu kambing segar masih dijual seperti biasa di rumah atau pun Pasar Tani Mega UTC Kuantan setiap pagi Ahad. Setiap minggu saya akan dpt kan stok yg baru di order drpd rakan2 penternak di pantai timur.
- memandangkan kambing sudah tiada, jadi KaPJ Farm mula menjual rumput napier sama ada benih atau rumput segar yg baru dipotong. Penghantaran melalui courier atau bas ekspress juga disediakan ke semenanjung Malaysia.
- penjualan Kopi Susu Kambing Arabica dari pihak BOT INDUSTRIES dihentikan semenjak 2011.
InsyaAllah jika ada rezeki pertengahan tahun ini, KaPJ Farm akan membela kambing semula, pengkhususan pada penternakan kambing akikah/ korban, seperti mana awal penubuhannya pada tahun 2005-2008. Akhir kata, semoga kita semua dirahmati Allah dan senantiasa dalam jagaanNYA.Wallahua'lam.
2 comments:
Tahniah...teruskan usaha anda:-D
Terima kasih daun keladi cik wan :-)
Post a Comment